PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan akan mengutamakan aspek keselamatan sekolah untuk diberi tumpuan kerajaan dalam Belanjawan 2026. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya turut menumpukan terhadap sokongan program antibuli, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan pendigitalan pendidikan serta persiapan kurikulum 2027. “Ada beberapa perkara penting termasuk TVET yang turut beri tumpuan dalam konteks kepentingan dan keperluan kepada hala tuju negara (kemudian) berkaitan dengan sokongan kepada antibuli ini juga kita masukkan…










