Koroner tiba di sekolah Zara Qairina

Koroner tiba di sekolah Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Koroner Amir Shah Amir Hassan tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan, Papar bagi lawatan ke Asrama Rabiatul Adawiyah, lokasi Zara Qairina Mahathir ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.

Turut serta ialah peguam-peguam yang mewakili ibu dan bapa Zara Qairina serta peguam mewakili lima remaja yang didakwa membuli pelajar tingkatan satu itu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan menjadi tumpuan pengamal media pada hari keenam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan.

Pihak media berkumpul di luar pagar sejak pukul 6.30 pagi dan polis memulakan kawalan di sekolah tersebut pada waktu sama.

Pihak forensik dilihat memasuki pekarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi.

Pasukan pegawai-pegawai pengendali inkues yang diketuai Timbalan Ketua Pendakwaan II Jabatan Peguam Negara, Datuk Badius Zaman Ahmad juga dilihat memasuki sekolah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN