KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan terus memantau perkembangan varian baharu Covid-19 termasuk subvarian XFG yang mula dikesan di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun XFG hanya menyumbang 8.2 peratus daripada keseluruhan kes, ia tetap dipantau kerana kadar kebolehjangkitannya lebih pantas berbanding varian terdahulu. “XFG adalah sebahagian daripada keluarga Omicron dan tidak lebih ganas dari segi simptom. “Namun, sifatnya yang lebih cepat menular memerlukan pemantauan berterusan melalui…