KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memperluas laluan pendidikan teknikal termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan lebih ramai jurutera profesional yang mampu memenuhi keperluan pembangunan negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu penting berikutan Malaysia masih berdepan kekurangan jurutera profesional berbanding negara maju seperti Jerman dan Perancis. Menurutnya, peningkatan bilangan jurutera sahaja tidak memadai kerana negara memerlukan…