Kembar seiras raih Anugerah Naib Canselor UiTM

Kembar seiras raih Anugerah Naib Canselor UiTM

NURSYARFARIEMA Kamal (dua dari kiri) dan Nursyarfariena Kamal menunjukkan ijazah kepada ibu dan ayah mereka ketika Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam, Shah Alam, Selangor semalam. – UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kejayaan berganda menjadi milik pasangan kembar, Nursyarfariema Kamal dan Nursyarfariena Kamal, 26, apabila kedua-duanya menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-102 di Dewan Agong Tuanku Canselor, semalam.

Anak pasangan Kamal Rosman dan Fazilah Yusof itu menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan keputusan cemerlang, masing-masing meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.77 dan 3.69.

Lebih membanggakan, mereka turut pernah menerima ANC ketika menamatkan pengajian peringkat Diploma di UiTM Tapah, Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Nursyarfariema, kejayaan itu bukan dicapai dengan mudah kerana mereka berdua berdepan pelbagai cabaran sewaktu pandemik Covid-19.

“Ketika itu kami berada di semester akhir diploma dan terpaksa belajar secara Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (ODL). Akses internet di rumah sa­ngat lemah, kami sering terkeluar daripada kuliah dalam talian dan sukar berbincang tugasan berkumpulan. Namun kami tidak berputus asa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semangat untuk berjaya menjadi lebih kuat apabila melihat pengorbanan ibu bapa yang tidak jemu memberi dorongan sepanjang pengajian.

ADS:D

Sementara itu, Nursyarfa­riena yang kini bekerja di sebuah syarikat pembuatan sabun pakaian di Negeri Sembilan berkata, pengalaman belajar secara ODL sehingga semester ketiga di pe­ringkat

Ijazah Sarjana Muda menjadi titik tolak untuk mereka lebih fokus apabila kembali ke kampus.

“Apabila dapat masuk semula ke kuliah bersemuka, saya dan kakak menanam tekad untuk mengekalkan prestasi cemerlang. Syukur, doa kami termakbul apabila sekali lagi dianuge­rahkan ANC,” katanya.

Tambahnya, dia memasang cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang sama, namun mahu mengumpul pengalaman bekerja terlebih dahulu.

Pasangan kembar berasal dari Cheras itu menganggap kejayaan mereka sebagai hadiah buat kedua ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam menempuh suka duka dunia akademik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN