JOHOR BAHRU: Ahli keluarga mendiang K. Datchinamurthy, 39, kesal kerana tidak dapat meluangkan lebih banyak masa dengan mendiang kerana telah menghabiskan tempoh masa selama lebih 14 tahun di penjara Singapura sebelum hukuman mati dijalankan. Abang iparnya, P. Prataban, 37, memberitahu, mereka juga terkilan kerana penantian yang panjang berakhir dengan keputusan yang amat mendukacitakan buat seluruh ahli keluarga. “Datchinamurthy merupakan anak lelaki tunggal daripada empat beradik. Kami sangat merinduinya dan berharap…