PETALING JAYA: Seramai 3,118 mangsa banjir daripada 914 keluarga ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri setakat pukul 10.30 pagi ini. Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding semalam dengan melibatkan Sabah, Kelantan dan Sarawak. Sabah kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 2,567 orang daripada 755 keluarga yang kini ditempatkan di 24 PPS di enam daerah, berbanding 2,094 mangsa semalam.…