PETALING JAYA: Kebergantungan antara negara mampu memastikan keamanan dan kestabilan global. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap negara perlu terbuka kepada pelaburan dan perdagangan luar, pencarian bakat serta pertukaran teknologi demi memastikan kemakmuran semua. Katanya, langkah itu sekali gus mampu melonjak sesebuah negara ke arah pendapatan lebih tinggi dan keluar daripada kepompong kemiskinan. “Saling bergantung dapat memastikan kedaulatan dan bukannya melemahkannya. Sesebuah negara tidak perlu bimbang tentang autonomi…










