KUALA TERENGGANU: Suasana di kaunter pembayaran pasar raya terpilih untuk menebus Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 kini kembali reda selepas kesesakan luar biasa pada minggu awal pelaksanaannya. Tinjauan mendapati, keadaan di kebanyakan pasar raya sekitar bandar raya ini jauh lebih terkawal apabila pelanggan tidak lagi perlu menunggu lama untuk membuat penebusan. Jika sebelum ini penerima terpaksa beratur panjang lebih sejam selain berdepan masalah sistem MyKasih tergendala, kini proses pembayaran boleh…