PETALING JAYA: Pengoperasian Sistem Dokumentasi Import Eksport Kastam Malaysia (MyCIEDS) akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara mulai Januari 2026 dalam usaha mencegah ketirisan. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, sistem itu dibangunkan secara dalaman akan menjadi pemacu utama dalam usaha automasi dan pendigitalan di bawah Pelan Strategik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) 2025-2027 khususnya dalam usaha mencegah ketirisan. Menurutnya, pencegahan ketirisan dapat dibuat antaranya integrasi dengan Sistem…