PETALING JAYA: Sebuah kapal utama yang terlibat dalam misi pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan mengalami kerosakan mekanikal ketika peserta bersiap sedia untuk menuju ke Gaza dari Crete, di kepulauan Greece. Menerusi kenyataan rasmi dalam Facebook, GSF berkata, semua peserta dalam kapal terlibat yang dikenali sebagai Family Boat itu dipindahkan dengan selamat ke bot lain. Katanya, pemindahan itu turut melibatkan pakar pelayaran, komunikasi dan penyelaras diplomatik bagi memastikan misi dapat…