JASIN: Lebih 30,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim bakal menikmati beberapa kemudahan awam yang dinaiktaraf menerusi pelaksanaan projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Bukit Katong di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, sebanyak RM935,000 diperuntukan bagi memenuhi keperluan yang mendesak di kampung berkenaan termasuk kawasan sekitar dan beberapa kampung di Asahan. Beliau berkata, beberapa sesi libat urus antara Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan…









