Kalau bukan atlet, saya mungkin pelakon – Farah Ann - Utusan Malaysia

Kalau bukan atlet, saya mungkin pelakon – Farah Ann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi memaklumkan dia bersedia untuk menceburi dunia lakonan selepas bersara daripada arena sukan pada 2022.

Farah, 31, berkata minatnya terhadap lakonan semakin menebal membuatkan dia menyertai kelas sebagai persediaan untuk masuk ke dalam bidang tersebut.

“Saya harap diterima berlakon pada masa akan datang,” ujarnya semasa tayangan perdana drama Generasi Perfect 10, baru-baru ini.

Katanya, minat terhadap bidang itu sudah wujud sejak zaman persekolahan dengan menyertai teater dan drama.

“Saya selalu berlakon teater sampai ada yang cakap kalau bukan atlet, mungkin saya boleh jadi pelakon. Saya harap peluang itu masih ada,” ujarnya.

Sementara itu, Farah mengakui dirinya lebih cenderung melakonkan karakter lasak namun terbuka untuk mencuba pelbagai jenis peranan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN