PETALING JAYA: Tentera Udara Jerman menyediakan kemudahan dan kepakaran latihan simulator untuk juruterbang pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Wunstorf, Jerman. Kedutaan Jerman di Malaysia menerusi kenyataan di platform Facebook berkata, kemudahan simulator berteknologi tinggi yang menempatkan Skuadron Pengangkutan Udara 62 berkeupayaan melatih hampir 95 peratus latihan secara maya. “Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah mengurangkan pelepasan karbon dan keperluan jam penerbangan sebenar,” katanya hari…