KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam Op Bersepadu untuk mengesan kenderaan asing yang menyalahgunakan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) di negeri ini. Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, ketika ini kemasukan kenderaan asing yang membawa pelancong masih aktif selain musim cuti persekolahan yang baru bermula. Namun, katanya, operasi sentiasa diadakan untuk mengambil tindakan terhadap kenderaan pelancongan atau kenderaan persendirian asing yang melanggar…