ALOR SETAR: Masalah jerebu rentas sempadan masih menjadi cabaran utama ASEAN yang perlu dihadapi dan ditangani secara bersama kerana ia bukan sekadar isu alam sekitar tetapi berkait rapat dengan perubahan iklim, daya tahan ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ASEAN perlu memastikan tindak balas terhadap isu itu bukan bersifat reaktif semata-mata sebaliknya bersifat pencegahan dan berterusan seiring komitmen terhadap…