KOTA BHARU: Isu berkaitan ayam dan telur di pasaran tempatan kini reda dengan harga kedua-dua bahan asas itu berada dalam keadaan terkawal. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun pihaknya tidak mahu bercakap besar apabila memperkatakan isu keterjaminan makanan berikutan situasinya boleh berubah pada bila-bila masa. “Alhamdulillah setakat ini harga telur dan ayam terkawal tetapi hal makanan ini kita tidak boleh cakap besar dan kata…










