KUALA LUMPUR: Insiden provokasi sehingga mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman semalam didakwa tidak membabitkan penduduk Kampung Sungai Baru. Penasihat Jawatankuasa Hak Penduduk, Muzaffar Razman mendakwa, ketika kejadian, penduduk yang terkesan hanya berada dalam kediaman masing-masing. “Apa yang saya nak jelaskan kejadian 11 September semalam tidak ada berkaitan langsung dengan penduduk. “Kami juga kecewa apa yang berlaku terhadap kemalangan serta kecederaan membabitkan pihak polis dan…