KUALA LUMPUR: Kerajaan memposisikan industri halal sebagai penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negara sekali gus sebagai salah satu agenda utama dalam setiap misi pelaburan dan rundingan perdagangan dua hala. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menjadikan industri halal sebagai model ekonomi sejagat yang akan menjadi sebahagian daripada rundingan bersama negara berpenduduk majoriti Islam mahupun negara bukan Islam. “Sebagai contoh, dalam KazanForum 2025 di Rusia baru-baru ini, saya menonjolkan kepakaran…









