GUA MUSANG: Seorang ibu tunggal bersama ibunya dan cucunya nyaris rentung selepas rumah struktur kayu yang menjadi tempat berteduh di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3 di sini, terbakar ketika mereka sedang tidur, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, tiga sekeluarga terbabit terselamat selepas berasa bahang panas sebelum mereka bergadai nyawa meredah api menyelamatkan diri. Hamidah Che Daud, 64, berkata, api marak dengan cepat dan memusnahkan…