IPOH: Peminat sukan hoki berpeluang menyaksikan aksi hoki kelas dunia apabila Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 edisi ke-31 diadakan di Stadium Azlan Shah di sini pada November ini.
Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Datuk Mohd. Sayuti Abd. Samat memberitahu, enam pasukan termasuk Malaysia telah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan pada 23 hingga 30 November itu.
Pasukan-pasukan lain ialah Belgium, India, New Zealand, Korea dan Kanada.
Katanya, Belgium adalah pasukan ranking ketiga, India (7), New Zealand (11), Korea (15) dan Kanada (20).
Malaysia yang terkenal dengan jolokkan Speedy Tigers berada pada kedudukan ke-12 Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Pada kejohanan edisi lalu, Jepun buat pertama kali muncul juara selepas menundukkan Pakistan 4-1 melalui pertandingan penalti selepsa terikat 2-2 di akhir perlawanan sebenar. – UTUSAN