PETALING JAYA: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membuat laporan polis berhubung tuntutan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) yang mahu kerajaan memansuhkan program matrikulasi. Setiausaha Agungnya, Mohd. Wafiyuddin Al-Awal Musa berkata, ahli GPMS di seluruh negara sedang giat membuat laporan polis berhubung isu sama sebagai solidariti dan tanda bantahan. Katanya, GPMS memandang serius kenyataan yang dikeluarkan Umany kerana ia bersifat provokatif, menggugat keharmonian negara dan menimbulkan keresahan awam serta institusi…