SEREMBAN: Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan akan memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan melepas dan membebaskan mudir dan pengerusi sebuah madrasah berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) daripada pertuduhan menyebarkan ajaran salah pada tahun lalu. Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Raja Mazelan Raja Deraman berkata, pihak pendakwaan secara dasar menghormati keputusan yang telah dibuat Mahkamah Tinggi Syariah di sini Isnin lalu di bawah Seksyen…