LAHAD DATU: Seekor gajah pygmy Borneo betina ditemukan mati di kawasan ladang kelapa sawit di Blok 57, Felcra Berhad Estate Danum, dekat sini, semalam. Bangkai haiwan berkenaan ditemukan oleh seorang mandur ladang ketika melakukan rondaan pukul 10.20 pagi, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak pengurusan ladang. Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd. Soffian Abu Bakar berkata, hasil pemeriksaan awal di lokasi tidak menemukan sebarang tanda jenayah hidupan liar seperti kesan…