Fatima tidak mahu lepaskan tangan saya, dia rindu - Fattah Amin

Fatima tidak mahu lepaskan tangan saya, dia rindu – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Aktor, Fattah Amin tidak menolak kemungkinan faktor rindu yang terlalu menebal menyebabkan puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya, 5, enggan berenggang dengannya pada majlis pernikahan dengan isteri, Amira Othman.

Kongsi Fattah atau Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, dia sendiri tidak menjangkakan Fatima akan bertindak semanja itu dengannya dalam majlis tersebut.

“Fatima tak nak lepaskan tangan saya, dia rindu. Sebab kebetulan ketika bersiap sebelum majlis pernikahan, tiba tiba tengok daddy dia hilang sebab masa itu dia pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu.

“Jadi bila dia nampak saya, dia terus peluk. Kita pun tidak sangka ingat bila dia sudah peluk, dia mahu lepas. Rupanya dia tidak lepaskan tapi, itulah mungkin dia rindulah.

“Saya pun sentiasa rindukan dia. Tapi Alhamdulillah, Amira seorang isteri syurga yang boleh menerima dan dia memang sangat memahami.

“Macam tadi pun (malam semalam) dia (Fatima) tidak tahu sama ada dia nak lepaskan saya atau tidak, tapi bila Amira angguk itu yang saya bawa juga,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Fattah, apa yang penting adalah melihat isteri dan anak gembira pada majlis pernikahan berkenaan serta dia juga bersyukur semuanya berlangsung dengan baik.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat bernikah dalam majlis ijab dan kabul mereka yang berlangsung di Dewan Utama, Golden Palm Tree Bagan Lalang, di sini, malam semalam.

Fattah pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Majlis akad nikah Fattah dan Amira berlangsung meriah dengan diraikan ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak serta disiarkan secara langsung di saluran Inspirasi Unifi TV 2.0.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN