FamilyMart Malaysia perluas cawangan, perkukuh jenama ke Pantai Timur

FamilyMart Malaysia perluas cawangan, perkukuh jenama ke Pantai Timur

NOOR AZMAN Nordin (dua dari kiri) bergambar dengan penerima Anugerah Pengarah dan Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Sesi 2024/2025, Muhammad Daniel Hakimi Hairulnizal sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Metro 2025 di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Rangkaian kedai serbaneka FamilyMart menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan baharu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.

Pengarah QL Maxincome Sdn. Bhd., (Family Mart Malaysia), Datuk Noor Azman Nordin
berkata, setakat ini FamilyMart mempunyai kira-kira 450 cawangan di seluruh negara sejak mula beroperasi pada 2016.

Menurutnya, pembukaan beberapa lagi cawangan di Terengganu, Kelantan dan Pahang akan memperkukuhkan lagi perniagaan FamilyMart dalam pasaran runcit tempatan.

“Di Kelantan, dua outlet telah dibuka dan sebanyak 12 lagi akan dibuka tidak lama lagi.

“Di Terengganu pula, empat outlet sudah beroperasi dan keseluruhannya dijangka mencecah 14 hingga 15 cawangan ,” katanya ditemui Utusan Malaysia selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah PMJB, Dr. Supaat Zakaria@ Jawahir.

Walau bagaimanapun, Noor Azman memberitahu, setakat ini FamilyMart belum mempunyai perancangan untuk membuka cawangan di Sabah dan Sarawak buat.

“Untuk ke Sabah dan Sarawak, cabarannya adalah dari segi rantaian bekalan. Produk makanan seperti oden dan onigiri hanya bertahan enam hingga lapan hari.

“Jika dihantar dari Semenanjung, kosnya tinggi dan memerlukan pembukaan dapur baharu di sana. Semua faktor ini perlu diambil kira secara mendalam,” katanya.

Setakat ini FamilyMart Malaysia mempunyai kira-kira 3,000 pekerja di seluruh cawangan di seluruh negara.

Bagi memastikan tenaga pekerja yang mencukupi, FamilyMart bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkaitan, termasuk politeknik dan kolej komuniti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN