KEMAMAN : Anak syarikat EPIC Berhad, iaitu Eastern Pacific Marine Services Sdn. Bhd. (EPMSSB) memeterai Perjanjian Perkhidmatan Induk (MSA) bersama Velesto Energy Berhad (Velesto) melalui anak syarikat milik penuhnya, Velesto Drilling Sdn. Bhd bagi penyediaan perkhidmatan tambatan kapal, kemudahan pelabuhan serta perkhidmatan sokongan marin di Pelabuhan Kemaman, di sini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Mukhtar Suhaili berkata, MSA itu bukan sahaja menetapkan rangka kerja yang jelas untuk EPMSSB dan…