DUN Perak: PN minta penggantungan Razman dipendekkan - Utusan Malaysia

DUN Perak: PN minta penggantungan Razman dipendekkan

ZAINOL Fadzi Paharudin (depan dua dari kiri) dalam sidang akhbar pada Sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perikatan Nasional (PN) Perak memohon penggantungan Ketua Pembangkang, Razman Zakaria daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama enam bulan dipendekkan.

Ketua Pembangkang, Razman Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol digantung selama enam bulan bermula 16 April lalu, susulan kenyatan berhubung bendera China semasa acara di Teluk Intan pada 24 Oktober 2024.

Ketua Whip pambangkang, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, beliau telah mengusulkan permohonan tersebut kepada Speaker DUN Perak.

Katanya, tempoh penggantungan Razman sewajarnya dipendekkan kerana merupakan kesalahan pertama.

“Perkara ini perlu dirundingkan dan dibawa semula kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Seharusnya ADUN Gunung Semanggol diberikan hak kepada beliau bersuara sebagai wakil rakyat Gunung Semanggol.

“Perkara ini bersifat urusan awam melibatkan rakyat negeri Perak di Gunong Semanggol yang perlu disegerakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semasa sesi pembukaan persidangan DUN Perak hari ini, Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata telah menerima usul tersebut daripada pembangkang.

Tempoh penggantungan Razman berakhir pada pertengahan Oktober ini dan dijangka sempat menyertai sesi pembentangan Belanjawan Perak bagi tahun 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN