SEREMBAN: Dua penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur pada Julai dan Ogos lalu. Tertuduh, Muhammad Zulhakimi Zulhilmi, 19, dan S.Karthikeyen, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, Muhammad Zulhakimi didakwa telah merogol mangsa remaja perempuan berusia 16 tahun enam bulan lebih kurang pukul 3.30 hingga 4…