Dua pelajar kolej vokasional mengaku cederakan rakan 

Dua pelajar kolej vokasional mengaku cederakan rakan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Dua pelajar lelaki di sebuah kolej vokasional di daerah ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang rakan kolej mereka, Mei lalu.

Tertuduh masing-masing berusia 17 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan pelajar tingkatan lima didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa yang juga berusia 17 tahun dengan cara menumbuk badan dan menyepak kaki. 

Seorang lagi tertuduh pula didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa yang sama dengan cara menyepak punggung mangsa. 

Kesalahan itu dilakukan kedua-dua pesalah muda itu kira-kira pukul 12.30 malam pada 27 Mei lalu di koridor dorm asrama kolej itu. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

Sharifah Amirda Shasha kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Oktober ini sebagai tarikh jatuh hukum dan laporan akhlak. 

Media sebelum ini melaporkan kejadian pukul itu dipercayai berlaku berpunca akibat rasa tidak puas hati antara mangsa dengan tertuduh kerana tertuduh mengejutkan mangsa yang sedang tidur dengan cara menendang katil dan kemudiannya berlaku pertengkaran dan pergaduhan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×