KUALA LUMPUR: Dua ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melebihi RM75,000 ketika bertugas di pejabat pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) di sebuah pangsapuri, tiga tahun lalu. Kedua-dua tertuduh, Nurliyana Amirah Zulkifli, 34, dan Nuradila Razali, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengambil serta menggunakan wang tunai kutipan penduduk bagi kepentingan…