MELAKA: Seorang ibu tunggal dan anak perempuannya ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora kerana dipercayai terhidu gas karbon monoksida dalam kejadian di Jalan Solok Hilir, Paya Rumput di sini, awal pagi tadi. Mangsa, Zabanah Abu Hussin, 57, dan anaknya, Intan Nur Shafiqah Othman, 25, ditemukan orang awam tidak sedarkan diri kira-kira pukul 12 tengah malam, sebelum disahkan maut oleh pegawai perubatan Hospital Melaka. Ketua Polis…