KOTA KINABALU: Sebanyak 15 helaian kertas, empat buah buku nota dan dua buah buku teks dikemukakan oleh pemeriksa dokumen daripada Jabatan Kimia Malaysia pada inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari ketiga, hari ini. Saksi tersebut, Nurul Atiqah Mohd Noh daripada Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya memaklumkan Mahkamah Koroner, beliau menerima kesemua bahan bukti tersebut pada 20 Ogos lalu…










