KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak menemui sebarang pelanggaran undang-undang persaingan dalam industri padi dan beras berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun lalu. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, hasil kajian tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara pada 17 Disember 2024, dan mendapati dakwaan mengenai penguasaan pasaran oleh segelintir syarikat besar yang membentuk struktur seperti kartel adalah tidak…