ALOR SETAR: Pas bukan lagi sebuah parti yang hanya berjuang untuk ahlinya semata-mata tetapi telah menjadi parti untuk rakyat secara keseluruhannya. Perwakilan Dewan Pemuda Pas, Azamuddin Sahar berkata, pada pilihan raya umum (PRU) lalu, hanya 40 peratus pengundi yang mengundi calon Pas ialah ahli berdaftar manakala 60 peratus lagi datang daripada luar kelompok keahlian. Katanya, pola pengundian pada PRU lalu jelas menunjukkan sokongan terhadap Pas jauh melangkaui sempadan tradisi penyokongnya.…