KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup barangan bersubsidi bernilai RM5,659 di perairan daerah ini, awal pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, pihaknya yang sedang melaksanakan Operasi Sejahtera pada pukul 5.30 pagi mengesan sebuah bot kargo dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan. “Pemeriksaan ke atas bot terbabit menemukan 420 kilogram (kg) gula, 456kg tepung dan 850kg minyak masak bernilai RM5,659. Siasatan…