Melangkah masuk ke restoran Banglo 289 di cawangan ketiganya yang baru dibuka di Pusat Beli-belah IOI, Putrajaya, saya terus terkesima dengan bau aroma masakan hidangan kampung. Melihat sahaja konsep bufet yang dihidangkan, membuatkan saya rasa rambang mata, seolah-olah tidak tahu dari mana hendak mula untuk memilih. Deretan lauk-pauk kampung dari pelbagai negeri disusun penuh menggoda, siap dengan kudapan tradisi yang menambahkan suasana meriah. Antara menu ikonik Banglo 289 iaitu daging…