SEREMBAN: Seorang suri rumah memperbaharui lesen memandunya yang telah tamat tempoh dua tahun lalu bagi menikmati subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95). Suzana Mohd. Sharif, 55, berkata, dia tidak sedar bahawa lesen memandunya telah tamat tempoh sejak 31 Ogos 2023 kerana sudah jarang memandu kereta. “Sejak suami pencen, dia yang memandu dan saya hanya duduk di sebelah, itu yang tidak ingat rupa-rupanya lesen belum diperbaharui. “Semalam…