PETALING JAYA: Sistem di stesen minyak kini dikemaskini dan dilengkapi terminal tambahan bagi pengesahan kelayakan susulan pelaksanaan harga baharu petrol RON95 pada 30 September ini. Pengurus sebuah stesen minyak berkata, meskipun persiapan daripada segi operasi dan bekalan sudah dilaksanakan, cabaran tetap dijangka wujud khususnya melibatkan proses pembayaran serta risiko gangguan teknikal. Katanya, syarikat telah mengemas kini sistem bagi memudahkan proses pembelian minyak selain menerima terminal tambahan daripada kerajaan untuk tujuan…