PORT DICKSON: Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbangga apabila diberikan keutamaan dalam pelaksanaan inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) yang bermula hari ini. Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, keutamaan diberikan itu merupakan pengiktirafan yang diberikan kerajaan buat setiap warga ATM dan juga anggota polis “Saya percaya setiap warga ATM dan juga PDRM amat-amat bebesar hati serta berterima kasih kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan…