SUNGAI PETANI: Inisiatif Bantuan Madani Ron95 (BUDI95) merupakan kaedah paling efektif dalam menangani ketirisan subsidi bahan api sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat. Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, meskipun terdapat pelbagai pandangan mengenai kaedah pelaksanaan BUDI95, pihaknya yakin kerajaan melalui kementerian terlibat akan memperbaiki perkara tersebut dari masa ke semasa. Katanya, langkah kerajaan itu diyakini berjaya menutup ruang penyelewengan yang sebelum ini turut…