KOTA KINABALU: Seekor buaya sepanjang kira-kira 3 meter ditembak mati oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) selepas dikesan di perairan Pulau Mamutik, antara pulau dalam Taman Tunku Abdul Rahman, dekat sini, kelmarin. Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar ketika dihubungi berkata, tindakan itu dibuat susulan aduan kehadiran buaya itu sekitar pukul 1 tengah hari semalam. Beliau berkata, pasukan JHL bersama Taman-Taman Sabah menjalankan tinjauan di perairan pulau dan menemui buaya…