BALIK PULAU : Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti secara terperinci pelaksanaan Peraturan 78 dalam pinjaman sewa beli bagi memastikan sebarang pindaan yang dibuat dapat memberikan manfaat kepada sistem kewangan negara serta melindungi kepentingan pengguna. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya yakin BNM akan mengambil kira segala implikasi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. “Kalau kita lihat secara terperinci, proses ini masih dipertimbangkan oleh Bank Negara. Jadi, saya…