BN Sabah pilih jalan bermaruah, tetap tolak kerjasama dengan GRS

BN Sabah pilih jalan bermaruah, tetap tolak kerjasama dengan GRS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Sabah tidak rela dihina dan akan terus berpegang pada prinsip perjuangan meskipun terpaksa kehilangan kuasa buat sementara waktu.

Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Salzo Asa berkata, keputusan BN Sabah menolak kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah langkah tepat serta mencerminkan keberanian politik yang sebenar.

“Maruah perjuangan tidak boleh digadaikan hanya demi beberapa kerusi. Tawaran yang tidak adil terhadap BN bukanlah rundingan, sebaliknya penghinaan terhadap jasa serta pengorbanan parti ini yang sekian lama membela rakyat Sabah.

“Kami akui tidak sempurna, namun rekod pembangunan sekolah, hospital, jalan raya dan peluang pendidikan jelas membuktikan kesungguhan pentadbiran BN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salzo berkata, rakyat lebih mengenali kerja buat serta khidmat bakti BN berbanding retorik sesetengah pihak yang hanya menumpang mandat melalui budaya lompat parti.

“Kami tidak rela diperdaya oleh pihak yang mengkhianati mandat rakyat, sebaliknya memilih jalan bermaruah meskipun berisiko kehilangan kuasa.

“Prinsip perjuangan lebih utama daripada kuasa yang diperoleh melalui pengkhianatan. UMNO dan BN akan terus konsisten memperjuangkan rakyat Sabah sama ada di desa atau di bandar.

“Walau dihina, disabotaj atau ditikam dari belakang, BN tetap teguh berdiri bersama rakyat,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×