PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara meluluskan usul ucapan dasar Presiden sekali gus menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti. Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perwakilan turut bersepakat mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-11 mewakili Bersatu. “Perkara itu dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025 yang berlangsung pada 6 dan 7 September dengan penyertaan 20 pembahas mewakili…