KUALA TERENGGANU: Kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap kemudahan kesihatan luar bandar yang masih daif kerana keadaan itu dikhuatiri menjejaskan mutu perkhidmatan kepada rakyat dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan tidak lama lagi. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr. Adnan Mat berkata, hasil lawatan pihaknya mendapati terdapat klinik desa dan pedalaman yang masih beroperasi dalam keadaan serba kekurangan. Katanya, terdapat klinik yang hanya berlantaikan tanah dan…