PETALING JAYA: Kualiti beras tempatan yang dikatakan mudah basi, berbau dan cepat lembik menjadi antara punca utama ia kurang mendapat sambutan dalam pasaran tempatan ketika ini. Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob berkata, faktor tersebut menyebabkan ramai pengguna lebih cenderung memilih beras import meskipun kerajaan menawarkan beras putih tempatan (BPT) pada harga RM26 bagi 10 kilogram. Katanya, keadaan itu turut disebabkan isu manipulasi gred pemutuan beras oleh…