PETALING JAYA: Empat jawatan tertinggi diisytiharkan menang tanpa bertanding menjelang Muktamar Pas kali ke-71. Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat 2025 menerusi kenyataan akhbar memaklumkan jawatan itu melibatkan Pengerusi Tetap, Senator Hussin Ismail; Timbalan Pengerusi Tetap, Kamal Shaari; Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi jawatan Naib Presiden, tiga daripada empat calon yang layak bertanding berjaya mengekalkan kedudukan iaitu Menteri Besar Terengganu, Datuk…