PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala lapan individu cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Jabatan Kerja…