Bayi berusia dua bulan maut tertindih ibu ketika tidur - Utusan Malaysia

Bayi berusia dua bulan maut tertindih ibu ketika tidur

HAFEZUL HELMI HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut selepas dipercayai tertindih oleh ibunya ketika sedang tidur dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua, Kota Setia, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian melibatkan bayi warga Indonesia itu diterima pada pukul 8.45 pagi.

Katanya, bayi itu disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.

“Berdasarkan hasil bedah siasat, punca kematian mangsa disebabkan oleh otak membengkak dan paru-paru sembab akibat ditindih.

“Berikutan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 di mana suspek yang merupakan wanita warga Indonesia berusia 35 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati bayi tersebut lemas akibat tertindih badan ibunya ketika sedang tidur sekitar pukul 5.30 pagi hari yang sama.

Katanya, kertas siasatan kes tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pihaknya menerima arahan pertuduhan ke atas suspek pada Isnin ini.

“Suspek direman selama tiga hari dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Parit mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN